KDrama Review : Healer

KDrama Review : Healer 

Okay. Kali ini saya akan review kdrama Healer pula. Sebenarnya kdrama ini telah lama ditayangkan di kaca televisyen dan saya pasti ramai yang sudah menontonnya. Bahkan ada yang tonton sampai berpuluh-puluh kali dah. Betul tak? Tapi saya tetap akan buat review kerana saya baru sahaja khatam kdrama ni pada minggu lepas. Ketara giler ketinggalan kereta api saya kan? Haha. Tapi takpa. At least saya dapat mengimbau kenangan manis anda semasa menonton Healer sebelum ni.


Pengarah
Lee Jung Sub
Kim Jin Woo

Pelakon
Ji Chang Wook sebagai Healer/Seo Jung Hoo/Park Bong Soo
Park Min Young sebagai Oh Ji An/Chae Young Shin
Yoo Ji Tae sebagai Kim Moon Ho

KDrama ini merupakan kisah hidup seorang night errand boy yang dikenali sebagai Healer. Kalau di Malaysia, Healer ni kira macam runner tapi melakukan tugas-tugas yang agak sukar seperti mencuri dokumen penting dan lain-lain. Healer mula mengenali Chae Young Shin semasa menjalankan tugas yang diarahkan oleh Kim Moon Ho iaitu mengambil sampel daripada Young Shin. Tujuan Moon Ho berbuat demikian adalah untuk menyatukan kembali Oh Ji An, anak kakak iparnya.

Setelah menjalankan ujian DNA, Moon Ho berjaya mengenal pasti identiti sebenar Young Shin. Young Shin ialah Ji An yang hilang beberapa tahun lepas. Selepas mengetahui identiti sebenar Young Shin, Moon Ho berusaha untuk melindungi Young Shin daripada kekejaman abangnya. Sehubungan dengan itu, Moon Ho telah mengupah Healer untuk berada di sisi Young Shin bagi menjaga keselamatannya. Oleh itu, Healer telah menyamar menjadi Park Bong Soo, junior Young Shin.

Selain daripada menjaga keselamatan Young Shin, Moon Ho juga berusaha untuk membantu Young Shin untuk mencapai impiannya iaitu menjadi wartawan yang berjaya. Justeru itu, dia sanggup berhenti kerja sebagai pembaca berita stesen penyiaran terkenal milik abangnya dan membeli stesen tempat Young Shin bekerja. Tujuannya adalah untuk memberikan tunjuk ajar secara direct kepada Young Shin tentang bagaimana untuk menjadi seorang wartawan hiburan yang dikenali.

Konflik bermula apabila seorang artis meminta bantuan Young Shin bagi mendedahkan skandal ahli politik yang sedang bertanding bagi pemilihan datuk bandar. Ahli politik tersebut merupakan kenalan kepada abang Moon Ho. Abang Moon Ho cuba untuk menghapuskan Young Shin lebih-lebih lagi apabila mengetahui Young Shin adalah anak kepada isteri yang dikahwininya. Mujurlah Healer sempat menyelamatkannya daripada terperangkap di dalam lif yang rosak akibat disabotaj.

Lama kelamaan Young Shin mula jatuh cinta terhadap Healer. Walaupun tidak mengetahui tentang rupa paras Healer, Young Shin tetap cuba untuk menghubungi Healer melalui email. Dari sisi lain pula, Healer berusaha untuk menyelesaikan teka teki yang sentiasa membelenggu hidupnya berkaitan dengan kematian bapanya. Hasil penyiasatannya membawa kepada pertemuannya dengan Moon Ho. Moon Ho berjanji untuk membantu Healer membersihkan nama bapanya.

Bong Soo masih setia di sisi Young Shin sebagai junior yang penakut dan seringkali menghilang (kerana dia perlu bertukar menjadi Healer). Lama kelamaan, Young Shin mula sedar bahawa Bong Soo adalah Healer si penyelamatnya. Di samping itu, rahsia yang disimpan rapi oleh Moon Ho dan Healer juga telah pecah gara-gara abang Moon Ho. Pada mulanya Young Shin agak marah tetapi akhirnya dia faham bahawa perkara ini perlu dirahsiakan bagi menjamin kesihatan ibunya.

Ketiga-tiganya mula berganding bahu untuk membersihkan nama bapa Healer serta menjatuhkan abang Moon Ho yang bertindak sebagai proksi bagi golongan ahli politik kotor yang digelar sebagai farmer. Misteri kematian bapa Healer mula terbongkar sedikit demi sedikit. Adakah bapa Healer seorang pembunuh seperti yang digembar gemburkan oleh media? Siapakah elder yang sangat berkuasa? Itu anda kena tengok sendiri. Saya malas nak spoilkan mood para pembaca.

Saya bagi..

8 comments:

BaNu Syah said...

aah drama ni dah agak lama juga tapi best kan..
P/s-kalau nak baca review - review drama korea yang best bolehla singgah ke sini --> http://mulan-sahbanu.blogspot.my/p/review-korean-drama.html

Mommy Muhaimin said...

@BaNu Syah Selalu gak baca review sis. Itu yang terfikir nak buat review tentang kdrama yang saya tengok pulak. Heheh.

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

last layan citer korea tajuk the legend of the blue sea

luqman zakaria said...

femes sungguh healer nih ramai plak yg tengok.

Siqah Hussin said...

Siqah pun baru layan drama ni tahun lepas. Hihi. best gila drama ni! Suka dengan JCW. Waa handsome! Hihi.

Btw, Siqah follow sini. Salam perkenalan ye :)

Noor Maizan said...

Comel heroin tu. Mai belum sempat tengok lagi.

aswaleyla said...

tak tgk lagi. tnggu habis donlod full episod baru best nak marathon terus

Mia Liana said...

hmmm.. macam best je...

psssttt... jemput join http://www.mialiana.com/2017/03/giveaway-fridge-magnet-padang-besar-by.html

- Mia Liana -