Cara Elak Ruam Pada Bayi

Cara Elak Ruam Pada Bayi | Masalah ruam adalah masalah yang sering terjadi dalam kalangan baby (maksud saya ruam dekat punggung). Lagi-lagi baby girl. Gerenti meraung kalau terkena air kencing or tergesel dengan pampers. Sepanjang saya jaga Muhaimin hanya sekali saja dia pernah kena ruam. Itupun dia diam-diam. Tak menangis langsung. Seakan-akan tidak ada ruam. Tapi kesianlah tengok punggung dan "lelew" dia merah-merah. Jadi, dalam entry ini saya nak share sikit cara-cara yang menjadi rutin kepada saya untuk elak ruam. Kalau ada tips yang lain, boleh letak dalam ruangan komen.

1. Pilih pampers yang sesuai
Pampers ada bermacam jenama, bermacam jenis. Ada Drypers, ada Huggies, ada Shee Shee dan sebagainya. Jenisnya pun ada banyak. Ada yang pakai pelekat, ada yang main sarung macam seluar dan macam-macam lagi. Paling penting kita mesti tau pampers apa yang sesuai untuk baby kita. Macam Muhaimin, mula-mula dia pakai Huggies biasa. Then, bila dia dah lasak sikit Mr Seben belikan dia Huggies Drypant. Start dari situ Muhaimin kena ruam. Cepat-cepat tukar. Jangan sampai melarat baru nak tukar pampers. Sejak dari hari tu Muhaimin pakai pampers Drypers Classic sampailah sekarang.

2. Kerap tukar pampers
Kalau sayalah, saya tukar pampers Muhaimin at least 4 kali sehari. Kalau berak dengan bocor tu lainlah. Biasa saya akan tukar pampers Muhaimin pada pukul 6 pagi, 10 pagi, pukul 5 petang and pukul 12 tengah malam. Slot 12 tengah malam tu saya susah sangat nak bangun. Tapi nak tak nak kena bangun. Kalau tak, membebel Mr Seben. Dia paling pantang tengok saya tak tukar pampers Muhaimin. Dia cakap kalau biarkan baby pakai pampers terlalu lama, boleh menyebabkan kulit baby melecet. Makin-makin kalau dah terkena ruam, memang kena tukar selalu kalau tak nak tengok ruam baby melarat.

3. Sapukan Vaseline
Mak mertua saya selalu amalkan. Maka, saya jadikan sebagai rutin saya. Vaseline yang saya maksudkan bukan Vaseline losyen tu yer. Jangan salah sangka. Yang saya maksudkan adalah Vaseline Intensive Care. Letak dekat punggung dengan "lelew" baby. Walaupun tak ada kajian saintifik mengatakan Vaseline bagus untuk elak ruam, tapi baby saya jarang kena ruam bila saya sapu. Hari tu masa CNY holiday saya nampak "lelew" Muhaimin ada merah sikit, saya sapu Vaseline dan akhirnya merah tu hilang. Lega hati saya sebab sekarang Muhaimin semakin sensitif. Mudah sangat nak keluar air mata.

Dipendekkan cerita, ini sajalah perkongsian daripada saya mengenai cara-cara untuk mengelakkan ruam pada baby. Bak kata orang tua, mencegah lebih baik daripada merawat. Tapi bila baby sudah terkena ruam, usahakan yang terbaik okay. Kesian bah kat baby kita. Nak tidur pun tak selesa. Boleh mempengaruhi jugak mood kita sendiri. Boleh guna Nappy Rash Cream or apa-apa sahaja cream ruam yang ada dijual di farmasi. Jangan beli sembarangan. Nanti lain pulak ceritanya. 

Root Canal Treatment

Root Canal Treatment | Kalau ikut kebiasaan, saya akan share something yang berkaitan dengan kesihatan kulit. Tapi kali ini saya akan membuat perkongsian tentang kesihatan gigi. Gigi merupakan aset penting bagi setiap individu. Kerosakan gigi boleh mempengaruhi tahap keyakinan seseorang termasuklah saya sendiri. Saya mula mengalami kerosakan gigi pada usia 12 tahun. Sejak itu, saya mula jadi agak pasif. Jarang bercakap. Pelik kan? Bakal guru tapi tidak suka bercakap.

Bila dah kahwin, Mr Seben suggest saya buat treatment. Masa tu saya tengah pregnant. Tapi saya tak buat sebab saya sangat-sangat takut nak cabut gigi. Tiba-tiba tengah saya berpraktikum di Sarikei, gigi geraham saya bengkak sebab ada jangkitan. Terpaksa dicabut. So, saya pasrah jerlah kerana saya memang dalam kesakitan. Sampai demam dibuatnya. Lepas settle apa semua, saya rasa lebih berani untuk buat treatment. Bagi saya tak adalah sakit sangat sampai nak mati.

Mr Seben dah bagi green light aka dana. Keberanian pun dah ada dah. Saya pun pergi ke Klinik XXX untuk buat treatment (bukan sponsored post so no need to include name). Mula-mula nak cabut gigi tapi melihatkan badan saya yang terketar-ketar (automatik tak dapat dikawal), jadi doktor suggest buat Root Canal Treatment. Tak perlu nak cabut-cabut bagai. Sebelum buat Root Canal Treatment, doktor buat tampalan untuk dua batang gigi rosak. RM120 Mr Seben dah melayang.

Root Canal Treatment dimulakan dengan proses membersihkan gigi yang telah rosak. Kemudian, doktor cucuk besi untuk matikan saraf (mula-mula tak sakit tapi bila dah balik sakit pulek). Then, doktor buat tampalan sementara. Seminggu lepas tu jumpa balik. Lepas seminggu, doktor buang tampalan sementara. Then, bersihkan. Dia letak something macam dawai. I dont know what because I cant ask her. Lepas tu dia tampal buat macam gigi betul-betul. Selesai. Melayang lagi RM400.

Menurut doktor, kalau nak tukar kepada crown atau seramik, boleh datang 6 bulan selepas habis rawatan. Tampalan yang dia buat sangat rapuh. So, dia suggest buat crown or seramik. Tengoklah nanti. Kalau ada fulus, bolehlah try. So, just wait and see. Kalau ada, saya update. Itu jerlah pengalaman saya berRoot Canal Treatment. Saya nak berterima kasih sangat-sangat kat Mr Seben sebab sanggup keluar duit banyak-banyak sebab saya. You are the reason why I can smile again.

Cara Mudah Elak Jerawat

Cara Mudah Elak Jerawat | Kulit yang cantik terutamanya yang bebas daripada jerawat. Siapa yang tak nak kan? Tapi nak dapatkan kulit yang cantik, nak pastikan kulit sentiasa licin berseri bukan satu tugas yang mudah sebab itu adalah pepatah orang puteh cakap, beauty is pain kecuali kalau anda guna produk yang mengandungi merkuri dan hidroquinon. Ha, yang ini senang nak jaga. Jerawat pun susah nak naik. Gurau jer. Harap tak ada yang terasa. Kalau ada jugak tu nasiblah ye.

Saya tak nak cerita pasal kulit orang lain, saya cerita pasal kulit saya sendirilah ye. Kulit saya ni jenis yang berminyak tetapi jarang ditumbuhi jerawat kecuali apabila saya pakai produk baru. For example, Ogos tahun lepas saya try produk XXX. Memang meriah jugaklah muka saya. Ambik masa kira-kira dua bulan untuk pulih kembali. Just imagine, mengajar dalam keadaan muka yang tak berapa nak okay. Agak down sikit. Last-last, back to basic. No more skincare. Just DISIPLIN diri.

1. Pastikan muka sentiasa bersih
- Cuci muka anda setiap hari. Paling cikai pun dua kali seharilah. Amalkan double cleansing lagi bagus. Lepas basuh muka dengan cleanser, anda boleh pakai lagi toner untuk menanggalkan kotoran atau make up yang masih melekat pada muka. Kalau anda pakai make up tak kiralah light mahupun heavy pastikan anda tanggalkan dulu dengan make up remover sebelum anda basuh muka tu dengan cleanser sebab tak semestinya muka anda akan 100% bersih lepas pakai cleanser.

2. Jaga kebersihan barang peribadi
- Saya amat galakkan anda untuk tidak berkongsi barang peribadi. Motifnya satu jer. Supaya apa-apa penyakit kulit yang dihadapi orang lain tidak berjangkit dengan anda (kalau adalah). Kalau boleh, towel apa semua tu tukarlah dalam tiga hari. Kalau susah sangat, at least tukarlah seminggu sekali. Barangan peribadi ini termasuklah sarung bantal, cadar dan selimut sebab tiap-tiap hari kita guna terutama sarung bantal. Kalau sarung bantal kotor, mudah sangat jerawat nak tumbuh tau.

3. Elakkan diri daripada menyentuh muka
- Okay. Benda ini susah nak dilakukan termasuklah pada diri saya sendiri. Stress pegang muka. Mengantuk pegang muka. Gatal pegang muka. Entah berapa ribu kali saya pegang muka dalam sehari. Tapi sangat penting since kita tak tau apakah bakteria yang ada pada tangan kita. Benda-benda lain pun jangan letak sembarangan kat muka. Contohnya, handphone. Nak jawab kol saya rekomen guna earphone. Cuba anda bandingkan, muka mana lebih berjerawat? So faham-fahamlah.

4. Jangan guna skincare sembarangan
- Nasihat saya, jangan taksub sangat nak memutihkan diri sampai membahayakan diri. Jangan guna produk sembarangan terutama local product. Bukan tak nak support tapi kalau anda buat perbandingan hampir semua produk tu sepesen jak. Rebranding. Susah-susah cari jer kat Watson ke, Guardian ke. Lama memang lamalah. Tapi seperti yang saya katakan tadi. Beauty is pain. Saya gunakan Oxy, dua bulan baru kulit muka saya bebas jerawat. Bebas daripada jerawat jer tau.

5. Jaga pemakanan
- Jaga kulit ni macam jaga badan juga tau. Bak kata roommate saya, tak guna kalau workout tapi tak jaga pemakanan. Hasilnya akan ke laut jua. Jadi, rajin-rajinkan diri membaca. Menambahkan pengetahuan berkaitan dengan makanan yang menyebabkan pertumbuhan jerawat dengan pesat. Saya tidak rajin membaca tapi makanan yang orang cakap boleh menyebabkan jerawat memang saya tak makan walaupun tak pasti lagi kesahihannya. Antaranya ialah kacang goreng.

Akhir sekali, terimalah ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada pembaca-pembaca saya yang menyambutnya. Tong tong tong cia. Tong tong tong cia (saya sendiri pun tak tau apa maksudnya, hahah). Tidak lupa jugak kepada yang bercuti dan balik kampung. Hati-hati dalam perjalanan. Nah, saya lanje sikit gambar terbaru saya. Bebas jerawat tanpa skincare.

Better Skin Challenge

Better Skin Challenge | Last entry tahun lepas. Jadi tahun 2017 ini saya berazam nak jadi lebih aktif dalam berblogging sebab sekarang saya final year already (please say yeay). Tak tahu entah dapat ke tidak berblogging lagi bila dah masuk alam pekerjaan 6 bulan or setahun dari sekarang sebab kebanyakan bekas classmate (kira bekaslah kan sebab pernah satu class) dapat offer jadi guru Interim di kawasan pedalaman yang amat mendalam. Yang tak ada line internet. Ada jeram. Ada ngap sayot. Its okay geng. Timba pengalaman. Hanya mampu bagi semangat. Tak taulah nasib saya sendiri.

Sebagai salah satu cara untuk menjadikan azam tahun baru saya tercapai, saya telah mencabar diri saya untuk berkongsi perkembangan kesihatan kulit muka saya dari masa ke semasa. For your information, kulit muka saya tidak henti-henti bermasalah sejak berhenti menggunakan produk XXX yang saya suspek mengandungi merkuri. Berjerawat teruk. Then, berkurang. Kulit kering pun ada. Terlampau berminyak pun ada. Terkini, kulit kusam. Jadi, saya akan share dengan anda produk apa yang saya guna untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. And of course, bebas merkuri dan hidroquinon.

Saya tahu tak ada pun yang nak tahu. But, hey. This is my blog, remember? And mesti ada yang mempertikaikan sebab kebanyakan yang share pasal kecantikan adalah beauty blogger. Just don't consider me as beauty blogger. Anggap saya ini blogger yang tak ada benda lain nak cakap. Kadang-kadang terlalu lama dengan satu kerja seperti action research buat saya rasa stress, penat dan tak ada semangat nak belajar. Lagi pun saya bukan jenis yang aktif bersukan. Mr Seben pulak busy dengan tugas hakikinya, mencari rezeki. So ini sajalah medium untuk saya bersantai. Thats it. Selamat berkenalan.