Rangkuman Minggu 3 Internship

Rangkuman Minggu 3 Intership | First of all, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan blogger yang sudi follow blog saya. Ada juga yang berminat untuk exchange blog link dengan saya. Thank you very much. Saya berasa amat terharu. From now on, you will be on my bloglist for a few months. Just a friendly reminder from me. I hope everytime you guys follow my blog, please leave your blog link because I don't know how to trace your blog using my follower widget.

Secondly, saya nak minta maaf sebab saya belum sempat nak blogwalking dekat mana-mana blog. Satu pun belum sebab semalam saya amat letih. Perjalanan daripada Serian ke Sarikei adalah satu perjalanan yang amat panjang. Kira-kira 300 km lebih. Pukul 11 am berangkat daripada rumah, 11.30 am sampai Serian, 12.30 pm berangkat daripada Serian, 5.30 pm sampai terminal, 6.00 pm baru sampai rumah sewa. Sampai-sampai terus terdampar di katil. Kepala dah berdenyut dah.

In shaa Allah. Hari ini saya akan balas semula kunjungan anda pada hari ini sebelum saya mula menyiapkan laporan untuk ketiga-tiga projek (kesemua projek internship saya dah berjaya dilaksanakan dengan jayanya, yeay). Pada minggu ketiga, tidak banyak aktiviti menarik yang saya buat yang mana saya fokus dalam melengkapkan Kitaran I Penyelidikan Tindakan saya. Masuk kelas, ajar guna bahan inovasi yang saya cipta, edarkan lembaran kerja, semak dan buat analisis. Itu jerlah.

Cuma pada hari Isnin lepas, saya ada terlibat dalam penyampaian sijil bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas. Selasa, kami makan bersama-sama di restoren Suka Hati memandangkan elaun sudah keluar. Pada hari Khamis, makan di KFC. Rindu. Dah lama tak makan Kepci. Jumaat, saya balik kampung. Sabtu keluar dating bertiga dengan husband dan Muhaimin (sebenarnya beli hadiah untuk student). Ahad keluar dating berdua dengan husband (Muhaimin tinggal, hahah).

Selasa (21 Februari 2017)
Khamis (23 Februari 2017)

Exchange Blog Link by Mommy Muhaimin

Exchange Blog Link by Mommy Muhaimin | Memandangkan saya semakin aktif menjadi blogger, lebih elok rasanya jika saya mewujudkan satu bloglist pada setiap bulan bagi memudahkan saya berblogwalking dan meninggalkan komen pada setiap hujung minggu. Oleh yang demikian, saya dengan berbesar hati ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan termasuk cik-cik sekali untuk bertukar-tukar link blog dengan saya (anda letak blog saya dalam bloglist anda dan saya pun sama).

Melalui aktiviti ini, anda akan dapat follower baru iaitu saya (itupun kalau saya belum follow, heheh). Kemudian, anda akan dapat kawan baru iaitu saya sebab bila saya masukkan anda ke dalam bloglist saya maksudnya andalah kawan saya. Blog yang sentiasa saya kunjungi dan komen adalah blog anda. Then, anda akan dapat backlink daripada saya. Sekiranya ada pembaca yang tengok blog saya dan awak berada dalam bloglist saya, tidak mustahil dia akan berkunjung ke blog anda.

Ada beberapa benda yang perlu anda buat sebelum dimasukkan ke dalam bloglist saya. Pertama, kenalah jadi Muhaimin's Fan (G+) dan Muhaimin's Fan (FB). Sila toleh ke sidebar sebelah kanan bahagian atas. In shaa Allah saya akan follow blog dan like fanpage anda jugak. Lepas tu, masukkan blog saya ke dalam bloglist. Kemudian tinggalkan link blog dan fanpage (jika ada) anda ke dalam ruangan komen di bawah. Itu jer. Tak perlu buat entry okay. Saya tak nak menyusahkan anda.

Saya akan senaraikan list blog yang menyertai aktiviti ini bagi memudahkan anda berblogwalking. Aktiviti ini tamat setelah genap seminggu diadakan iaitu pada 25 Februari 2017. Saya akan masukkan semua link blog anda ke dalam bloglist saya. After that, saya akan mula berkunjung dan komen ke blog anda tanpa prejudis. Saya harap aktiviti yang saya anjurkan ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Harapan saya agar aktiviti saya ini mendapat sambutan daripada semua.


http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/
http://mulan-sahbanu.blogspot.my/
http://www.aswaleyla.com/

Rangkuman Minggu 2 Internship

Rangkuman Minggu 2 Internship | Alhamdulillah, berjaya juga saya menjalani seminggu lagi Internship tanpa menghadapi tekanan yang terlampau. Dua minggu dah berlalu, maknanya ada lagi dua minggu sebelum saya kembali semula ke IPG bagi menyiapkan laporan Kajian Tindakan dan persediaan untuk VIVA (pembentangan lisan). Kedua-dua elemen ini sangat penting sebelum saya menghabiskan pengajian saya selama lima tahun setengah (actually 6 tahun, heheh) secara rasmi.

Pada hari Isnin, SK St. Anne melancarkan Program Jom Ke Sekolah yang sepatutnya diadakan pada minggu lepas tetapi terpaksa ditangguhkan disebabkan masalah teknikal. Pada hari itu, pegawai perhubungan sekolah datang untuk membuat perasmian. Kotak Aduan Murid juga dilancarkan bagi memudahkan murid membuat aduan mengenai kes-kes salah laku. Tak ada gambar ye sebab saya duduk cun-cun di belakang pegawai polis. Tak kan nak gambar montot dia pulak kan.

Pada hari Selasa, banyak guru yang tidak dapat datang ke sekolah. Jadi kena kerja lebih sikit. Kebiasaannya, saya akan sit in satu waktu sehari. Tetapi memandangkan banyak guru tak ada, saya kena ambil tiga masa sit in. But I dont mind sebab dua daripada tiga masa tu adalah class yang saya ajar. Bolehlah saya berus student saya yang sakit sangat nak hantor kerja. Saya tak suka suruh murid buat kerja tapi kalau parent tengok buku aktiviti mereka kosong. Lain pulak cerita.

Hari Rabu adalah hari paling busy dalam seminggu sebab hari Rabu ada perjumpaan Tunas Puteri. Tambah-tambah lagi hari rabu yang lepas merupakan perjumpaan pertama Tunas Puteri. Jadi, saya kena mengemaskini file Tunas Puteri untuk tahun 2017 pada masa yang sama membuat senarai nama dan rekod kehadiran ahli persatuan Tunas Puteri yang baru. Semasa perjumpaan, saya dan kakak setia yang lain mengadakan pemilihan bagi membentuk ahli jawatankuasa baharu.

Hari Khamis, ketua Unit Praktikum dan Amalan Profesional datang ke SK St. Anne untuk memantau saya dan rakan-rakan. Syukurlah. Beliau berpuas hati kerana semua dokumen yang diperlukan telah disediakan. Pada hari ini juga, saya mula mengadakan intervensi menggunakan bahan inovasi untuk kitaran pertama. Walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki tetapi saya berpuas hati kerana bahan inovasi ini dapat membantu murid mengingat fakta sejarah dengan lebih mudah.

Hari Jumaat, mode cuti on sudah tetapi saya tak balik pada minggu ini. Tak perlu rushing. Jadi, saya settlekan semua kerja saya, bersihkan kawasan meja (sebab petang nanti SK St Alphonsus Julau akan datang untuk benchmarking) kemudian barulah balik ke rumah sewa. Tetapi sebelum balik ke rumah sewa, saya dan rakan pergi ke kedai untuk membeli frame bagi penyampaian sijil Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas. Petangnya, membuta sebab tak tau nak buat apa.


Pada hari ini, bangun-bangun jak bukak blog. Melihatkan traffik blog yang agak sendu, saya berusaha untuk menaikkan traffik. Mula-mula saya edit reka bentuk blog supaya simple. Then, saya add code lazy load apa ke benda untuk kurangkan masa loading. Then, saya start ping blog ke pelbagai laman aggregator. Akhir sekali, saya buat pembacaan sedikit tentang SEO. Alhamdulillah. Berkat usaha saya, bertambah jugaklah traffik sekarang ini. At least taklah sendu sangat macam dulu.

#saynotozina not #saynotovalentineday

#saynotozina not #saynotovalentineday | Melihat kepada tajuk entry, nampaknya saya agak ketinggalan zaman sebab Valentine Day sudah lama berlalu. Al maklumlah, weekday saya fokus dengan Internship. Bila saya bukak blog, memang tak akan buat kerja lagi. So, thats why I only active when weekend. Berbalik kepada isu asal, saya berasa terpanggil untuk menjelaskan sesuatu yang tidak mewakili diri saya. Mohon janganlah kecam saya ni terlalu liberal, wahabi or whatever. 

Pada Valentine Day yang lepas, masa tengah rehat lepas balik daripada sekolah. Saya onlinelah Facebook sekejap. And then, saya terpandang satu status daripada kawan non muslim yang menunjukkan rasa terkilan terhadap sebuah page yang amat menentang Valentine Day. Sebelum saya menyatakan pendapat saya, saya ingin mengucapkan berjuta-juta penghargaan kepada admin page tersebut atas usaha kerasnya membanteras gejala zina dalam kalangan orang Islam.

Usaha-usaha yang dilakukan adalah baik, suci lagikan murni. Cuma nama kempen #saynotovalentineday tu kurang sedap didengar terutama kepada penganut-penganut agama Kristian. Bagi mereka, Valentine Day ialah hari yang istimewa yang mana mereka menunjukkan penghargaan mereka kepada orang yang mereka sayang atas kasih sayang yang dicurahkan selama ni. Tidak semestinya dengan melakukan seks. Ada banyak cara. Even perkara simple cam wish pun kira sambut.

Apabila anda mengatakan #saynotovalentineday, anda seperti merendahkan martabat hari tersebut sedangkan anda tahu ianya hari istimewa penganut Kristian. Padahal tujuan kempen anda adalah lebih kepada membanteras zina. Contohlah (contoh okay, contoh) non muslim buat kempen say no to Solat Jumaat kerana boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas sedangkan mereka tahu hari Jumaat adalah hari istimewa dan Solat Jumaat adalah ibadah. Haa? Apa ko rasa? Oren?

Lagipun term #saynotovalentineday tu kurang tepat jika nak dikaitkan dengan zina. Kalau ikut perspektif anda memanglah tepat (Valentine Day = seks). Tapi seperti yang saya cakap tadi, Valentine Day bukan setakat seks. Manusia ni kalau nak berzina, mereka tak tunggu hari Valentine jer. Hari Buruh, hari Kemerdekaan, hari Malaysia. Kalau mereka nak, on jugak. Ada jer baby luar nikah lahir selain daripada bulan Oktober. Means, mereka berzina sebelum or selepas Valentine Day.

Cadangan saya, ubahlah nama kempen tu. Ada banyak nama lain #saynotozina, #sayatidakberzina, #beliabencizina pun okay. Kalau nak buat kempen antizina, janganlah meriah menjelang hari Valentine jer supaya tiada yang terasa. Buatlah kit selfie untuk sepanjang tahun. Mohon hadam betul-betul. Saya berani tegur sekali jer sebab nak berdakwah ni kena cermin diri dulu. Bak kata komen yang saya baca dalam status penunggang agama, penunggang agama (teringat kat Mat Luthfi).

Tahniah kerana anda tak menyambut Valentine Day. Tapi tak payah nak kabor satu dunia. Silap haribulan timbul riak dalam hati

Rangkuman Minggu 1 Internship

Rangkuman Minggu 1 Internship | Setelah hampir sebulan menjadi pelajar semester 8, saya kena keluar untuk menjalani internship. Tujuannya supaya saya dapat melaksanakan 3 buah projek di samping menjalankan kajian saya yang hampir selesai (kononnyalah). Harapan saya agar ia dapat siap dalam masa sebulan supaya tidak menyusahkan pihak sekolah.

Pada hari pertama, kami terus menyertai taklimat (kami msg gb, gb cakap no need). Taklimat ni lebih kepada makluman tentang aktiviti-aktiviti sekolah yang akan dilangsungkan pada minggu ni. Kemudian, kami menyertai perhimpunan sekolah. Minggu ini perhimpunan sekolah diisi dengan Majlis Pentauliahan Pengawas, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.


Pada hari selasa, kami mula merancang projek yang akan kami jalankan iaitu 2 projek berkumpulan dan 1 projek individu. So, kami bercadang nak buat Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan perhimpunan mingguan (wajib) sebagai projek berkumpulan manakala projek individu saya adalah Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap Tokoh Kenegaraan.

Hari rabu siang kami siapkan kertas kerja bagi ketiga-tiga projek. Malamnya pulak pihak sekolah mengadakan Sambutan Tahun Baharu Cina dan majlis penghargaan kepada guru-guru Tahun 6 2016 di Suka Hati, Sarikei. First time makan steamboat. Memang berhabis. Last-last kenyang. Tak dapat buat nak apa-apa. Bak kata orang Sarawak, kenyang bodo.


Hari khamis pihak sekolah mengadakan Hari Penetapan Target UPSR 2017 yang melibatkan murid-murid Tahun 6 sahaja. Kami ditugaskan membantu AJK protokol dan makanan bagi menghidangkan makanan untuk VIP pentas. Rasa nervous pulak sebab tak pernah-pernah hidang makanan depan orang ramai. Biasanya saya kerja di belakang tabir jer. Hahah.

Pada hari jumaat, saya balik ke rumah untuk luangkan masa bersama Encik Seben dan Muhaimin. Happy betul Encik Seben sebab dah boleh tidur lena tanpa perlu tengok-tengok Muhaimin. Hari tu saya ada nampak satu video urutan (boleh tengok wall saya). Saya try urut Encik Seben. Alhamdullilah, dia suka walaupun banyak yang perlu untuk diperbaiki lagi.

Hari sabtu, saya duduk kat rumah jer. Main dengan Muhaimin. Mood bagus. Senang nak jaga. Bangun seawal 6 pagi terus daki badan babah. Nak ajak ke luar rumah. Sekarang saya tengah biasakan Muhaimin dengan bahasa Inggeris. Kalau term-term mudah, dia boleh catch up sikit-sikit. Benda-benda yang dia biasa tengok dan buat. Macam open, pull, push.


Ahad, dah kena balik lagi dah. Sebelum pergi, makan dulu dengan Encik Seben dekat SCR. Sampai terminal Sarikei pukul 5.30 petang macam tu. Sebelum balik rumah sewa, saya beli dulu barang keperluan untuk dua minggu sebab minggu ni saya tak balik. Stay kat rumah sewa jak sebab elaun belum keluar. Kesian kat Encik Seben sebab banyak keluar duit.

Bila bercakap-cakap dengan guru senior berkaitan hal ini, dia cakap tak ada sapa yang nak jadi guru kalau tak ada elaun. Kebanyakan yang masuk ipg bukannya kaya mana pun. Walaupun sakit tapi macam ada kebenarannya jugak tau. Contoh saya sendirilah. Saya ada cita-cita saya sendiri. Tapi terpaksa saya kuburkan sebab keluarga saya tak mampu nak biaya.

Nak jadi guru bukan mudah. Perlu banyak pengorbanan. Saya ambik contoh guru tempat saya berpraktikum. Buat kelas tambahan sampai petang. Ada yang sampai malam. Free of charge. Belum lagi beli peralatan mengajar guna duit sendiri. Tambah lagi berhadapan dengan karenah murid dan ibu bapa. Maka terjadilah stress dan burn out dalam kalangan guru.

Perkahwinan, Permulaan Suatu Perhubungan

Perkahwinan, Permulaan Suatu Perhubungan | Perkahwinan adalah impian pasangan-pasangan yang belum berkahwin. Pelbagai usaha dilakukan untuk membina sebuah mahligai perkahwinan. Ada pasangan yang kenal bertahun-tahun baru berkahwin. Ada yang kenal setahun 2 dah berkahwin. Kebanyakannya merasakan perkahwinan merupakan penamat bagi perhubungan mereka. Happy ending gitu. Tapi anda perlu sedar, ada banyak lagi yang perlu ditempuhi selepas berkahwin.

Terus terang saya cakap, saya antara individu yang berfikiran sebegitu. Perkahwinan equal to happy ending. Perkahwinan saya dengan husband lebih banyak yang menentang daripada yang menyokong. Jadi, saya beranggapan bahawa berjaya berkahwin dengan husband adalah satu kemenangan tanpa saya tak sedar banyak dugaan yang perlu saya dan husband hadapi. Salah satunya adalah dalam mengatasi masalah persamaan dan juga perbezaan di antara saya dan husband.

Jika anda fikir anda kenal pasangan anda setelah bercinta lama, anda salah. Saat anda menjadi suami isteri barulah anda kenal perangai pasangan anda. Saya ambik contoh saya sendirilah. Sebelum berkahwin, saya tak tau pun husband ni tak suka kemas rumah, tak suka plan apa-apa. Sangat annoying tau sebab saya jenis yang pentingkan kekemasan dan suka merancang. Akhirnya saya jadi seorang yang suka membebel. Husband pula jadi seorang yang kebal kepada bebelan.

Tapi ada satu persamaan yang paling ketara antara kami. Pandai sangat psycho satu sama lain. Psycho ni macam cakap nak buat something yang menyakitkan hati dalam msg tapi sebenarnya tak buat. Paling tak dapat lupa, husband cakap dia tengah dating padahal tengah mengail dekat belakang rumah. Paling terkesan apabila kena psycho adalah saya. Sampai bengkak mata menangis kena marah padahal husband tak marah betul. Bila husband call, kena gelak dengan husband. 

Most of the time, saya anggap husband lelaki yang paling baik pernah layan saya. Tapi ada masanya, saya pernah terfikir husband adalah lelaki yang kejam. Masa tu anda perlu sabar. Jangan fikir sangat. Ingat balik kebaikan-kebaikan pasangan anda. Jangan fikir nak curang jer. So far, saya pernah kena kutuk husband sampai saya rasa hati mengecut tapi saya tak terfikir nak curang. Saya tak layan lelaki yang datang dalam hidup saya sebab layanan baik husband saya sebelum ni.

Kebanyakan masa kami bergelut dengan masalah kewangan sebab saya datang daripada keluarga yang susah manakala suami berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana. Paling ketara pada awal perkahwinan. Nasib baiklah kami tak mengadakan majlis secara besar-besaran. Kalau tak lagi melarat. Kalau husband anda tak mampu, don't expect anything grand from him. Cukuplah setakat makan pakai dia jaga. Sabar. Rezeki tuhan yang bagi. Akan ada jugak bahagian kita.

Pendek kata, sematkan dalam diri anda. Bila dah berkahwin tak semestinya yang indah-indah jer. Tu hanya berlaku dalam drama Akasia TV3. 24/7 dalam mood honeymoon hanyalah angan-angan. Bila badai melanda, tetaplah di sisi pasangan anda. Jangan abaikan mereka. Mungkin hidup anda berubah bila sudah berkahwin terutama apabila sudah mempunyai anak. Paling ketara masa berdua berkurangan. Berusahalah untuk menyesuaikan diri ke dalam perubahan tersebut.

KDrama Review : Oh My Venus

KDrama Review | Oh My Venus


Pengarah
Kim Hyung Suk

Pelakon
So Ji Sub sebagai Kim Young Ho/John Kim
Shi Min Ah sebagai Kang Joo Eun
Jung Gyu Won sebagai Im Woo Sik
Yoo In Young sebagai Oh Soo Jin

Permulaan cerita Oh My Venus bermula dengan penceritaan tentang kehidupan remaja Kang Joo Eun yang amat cantik (ulzzang) sehingga digelar "Daegu Venus". Ketika remaja, Joo Eun bercinta dengan seorang atlit renang iaitu Im Woo Sik. Namun setelah masuk ke alam pekerjaan, Joo Eun tidak cantik seperti dahulu yang mana berat badannya semakin hari semakin meningkat. Hal ini menyebabkan Woo Sik tidak lagi cinta kepadanya lalu memutuskan hubungan mereka pada ulangtahun ke 15 hubungan mereka. Woo Sik kemudiannya bercinta dengan Oh Soo Jin, bekas sahabat baik Joo Eun.

Keesokkan harinya, Joo Eun dikehendaki untuk terbang ke USA disebabkan urusan kerja. Akhirnya, Joo Eun dipertemukan dengan Kim Young Ho semasa dalam penerbangan balik ke Korea. Ketika menyelongkar barang yang dibawanya dalam kapal terbang, Joo Eun berjaya menemui pass yang menunjukkan identiti rahsia Young Ho iaitu John Kim. John Kim merupakan jurulatih peribadi bintang-bintang Hollywood seperti Anna Sue. Oleh yang demikian, Joo Eun telah mengugut Young Ho untuk membongkarkan rahsia Young Ho sekiranya dia tidak membantunya mengurangkan berat badannya.

Pada mulanya, Young Ho tidak mahu membantu Joo Eun seterusnya bertindak mempermainkannya. Namun selepas Joo Eun pengsan selepas ditemuramah, dia berazam membantu Joo Eun mengurangkan berat badan sekaligus mengawal penyakit yang dihadapi Joo Eun. Selepas kejadian stalker yang menghantui Joo Eun, dia mula tinggal di rumah Young Ho yang turut didiami Jang Joon Sung dan Ji Woong. Dari hari ke hari, berat badan Joo Eun semakin berkurang setelah berlatih bersama Young Ho. Young Ho mula jatuh cinta dengan personaliti dan kecantikan Joo Eun. Begitu juga Joo Eun.

Percintaan mereka semakin complicated apabila identiti Young Ho sebagai CEO Gahong turut terbongkar. Pada mulanya Joo Eun tidak dapat menerimanya tetapi akhirnya dia kembali kepada Young Ho. Joo Eun kemudiannya mendapat tahu berkenaan dengan penyakit Young Ho tetapi tidak dapat menolongnya melainkan memberikan semangat kepadanya. Woo Sik yang baru sahaja mendapat maklumat mengenai identiti sebenar John Kim telah menyebarkannya kepada umum. Perkara ini menyebabkan Young Ho terpaksa bersembunyi di rumah Joo Eun sambil menahan kesakitan pada kakinya.

Apabila skandal tersebut telah reda, Young Ho dilantik secara rasmi sebagai CEO semasa ulangtahun ke 61 Gahong. Malangnya, Young Ho sekali lagi diserang kesakitan. Joo Eun bertindak memberi semangat kepadanya. Young Ho berjaya memberi ucapan dengan penuh keyakinan. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Director Choi, abang kepada ibu tiri Young Ho. Pada akhir drama ini, Young Ho dan ibu tirinya telah terlibat dengan kemalangan disebabkan oleh Director Choi. Young Ho dijangka tidak dapat berjalan lagi manakala ibu tirinya hidup mengikut haluannya sendiri.

Joo Eun hendak berjumpa dengan Young Ho tetapi tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan atas arahan Young Ho. Joo Eun pasrah tetapi tetap memberi kata-kata semangat kepada Young Ho. Setelah setahun lamanya Young Ho merawat diri, akhirnya dia pulih seperti sedia kala. Dia akhirnya kembali ke pangkuan Joo Eun yang setia menunggunya. Akhirnya, mereka berkahwin setelah mendapat restu daripada nenek dan bapa Young Ho. Young Ho telah memaafkan kesalahan Director Choi dan memberinya peluang untuk bekerja di Gahong. Ibu dan adik tirinya pula kembali bersama bapanya.

Saya bagi...

Muhaimin's 10th Monthsary

Muhaimin's 10th Monthsary | Kalau dihitung sehinggalah ke hari ini maka genaplah 10 bulan 4 hari usia baby kesayangan mamak, Ammar Muhaimin. Kesayangan mamak membesar dengan cepat sehinggakan mamak rindu saat-saat mamak tak berenggang dengan Muhaimin terutamanya masa berpantang dulu. Sama-sama bangun. Sama-sama tidur. Sama-sama berjaga tengok channel 321 sampai pukul 4 pagi. Sama-sama tengok liga super yang memboringkan dengan babah.

Mamak harap kesayangan mamak dapat membesar dengan sihat. Kadang-kadang mamak rasa amat bersalah terhadap baby. Baby anak mamak yang pertama. Dilahirkan semasa mamak kekurangan ilmu dalam penjagaan baby. Baby lahir dengan berat yang ringan berbanding baby orang lain kerana mamak menghidapi anemia semasa mamak mengandung dan menyebabkan tumbesaran baby terbantut (IUGR). Tapi mamak bersyukur baby lahir dalam keadaan yang sempurna.

Selepas baby lahir, mamak cuba berikan baby air susu badan mamak tetapi mamak tengok baby sukar sangat nak terima. Sampai menangis. Macam-macam cara mamak cuba untuk buat baby minum susu badan mamak. Mamak perah berjam-jam untuk cukupkan 2 oz. At the end of the day, susu mamak tak keluar lagi. Mungkin sebab baby tak nak hisap. Mamak try perah tetap jugak tak keluar. Salah mamak tak banyak minum. Ilmu breastfeeding mamak banyak yang perlu ditambah.

Masuk tiga bulan, mamak dah kena sambung belajar dah. Muhaimin kena tinggal dengan babah. Nasib baik babah pandai jaga Muhaimin. Lebih pandai daripada mamak. Tapi kesianlah dekat babah. Siang kena kerja, malam kena ganti mamak. Sebab tu bila mamak balik rumah, kalau boleh mamak tak nak ganggu babah rehat. Lama sangat babah jaga, baby pun tak nak kat mamak lagi kan. Semua nak babah. Bila lepas kena marah babah baru pergi kat mamak. Hahah. Baby, baby.

Nasihat saya kepada bakal mommy dan mommy-mommy sekalian, tingkatkanlah ilmu parenting anda semua sebelum beranak pinak. Bagi yang tengah mengandung, jaga kesihatan diri. Kurangkan minuman berkafein kalau anda tu anemia. Termasuk susu tau. Kalau nak minum susu, jangan minum masa anda makan pil coklat apa entah (orang kampung saya panggil pil tonet). Sebelum beranak, tumpukan perhatian bila kakak misi ajar macam mana breastfeeding dan lain-lain.

Delisa Aromatherapy Cream

Delisa Aromatherapy Cream | Mood weekend already. Tapi weekend ni saya agak busy and maybe saya tak sempat nak update apa-apa. Saya perlu pindah ke rumah sewa sebab minggu depan dah start internship. Tak adalah nervous macam praktikum sebab saya pergi di sekolah yang sama. Cuma saya risau pasal projek yang perlu saya buat. Takut tak berjalan lancar. Tak lupa jugak action research saya. Saya conduct intervensi sorang diri. Tak ada kawan-kawan dulu. Sedih sikitlah.

Delisa Aromatherapy Cream memang salah satu produk yang saya selalu review dalam entry lepas. Tiga kali rasanya saya review. Tak payah cari sebab saya dah delete. Krim ni saya dah pakai agak lama. Sejak saya berpantang. Hampir setahun dah. Saya berjaya habiskan dalam 9 tube I think. Lebih kuranglah. Tak ingat sebab yang biasa beli Mr Seben. Suka betul dia tengok saya pakai krim ni. Tak suruh beli pun dia beli jugak. Bila habis, dengan krim dia pun saya kebas sekali. Hahah.

Krim Delisa saya selalu pakai masa mandi pagi sebab waktu malam saya tak pakai apa-apa skincare (buat masa ini) and saya tak pakai make up. Jadi malaslah saya guna cleanser yang berbuih. For your information, krim Delisa ni tak berbuih. Tak payah basuh muka dulu. Just ratakan kemudian barulah basuh muka. Sebelum ni saya ada update pasal Collagen Plus Vitamin E soap. Ha, yang itu saya akan guna masa saya pakai make up ataupun masa muka saya terlalu berminyak.

Then, kalau waktu weekend pulak. Kan tak perlu pergi class bagai, bolehlah mereput sekejap dalam bilik mandi. Masa tu saya akan gunakan krim Delisa sebagai mask. Macam biasalah, tak perlu basuh muka. Just ratakan krim ke seluruh muka dan biarkannya kering. Bila dah kering baru basuh dengan air bersih. Tips dari saya, sebelum basuh muka, basuhlah dulu tube krim dan tangan kita sebab kita tak tau tangan kita pegang apa. Tube bersih ke tidak. Jangan main tempek jer okay.

Pendapat saya ; kalau setakat nak membersihkan kulit muka, bolehlah. Not bad. Tapi saya prefer yang berbuih. Rasa lagi bersih tau. Nak kata mengelakkan dari jerawat, tak jugak. Sekali sekala ada juga tumbuh jerawat terutama time virus 'M' menyerang. Buang sebum pun tidak. Memutihkan pun tidak. Saya rekomen untuk individu-individu yang suka pakai produk semulajadi. Fungsinya cuma membersihkan muka. Thats it. Anti-acne, anti-blemish, whitening apa semua tak ada yer.

Collagen Plus Vitamin E Soap

Collagen Plus Vitamin E Soap | Sebelum saya bercerita apa-apa berkaitan dengan sabun collagen, saya nak komen satu benda. Sedap gak update blog guna apps Blogger ni erk. Selalu update guna browser memang rabak habis kuota tenet. Rasa lagi semangat nak update blog lepas ni. Maafkan gue kerana menunjukkan kesakaian gue di hadapan kalian semua.

Okay, back to business. Terkejut ke? Tak pernah-pernah pakai sabun, tetibe jer pakai sabun untuk cuci muka. Kalau anda sedia maklum, antara masalah kulit paling besar yang saya hadapi sekarang adalah muka berminyak. Sangat berminyak. Nampak macam pengotor pun ada. Time pagi okay. Tapi bila masuk pukul 9 pukul 10, I dont wanna see my face. I hate it. Saya start menggunakan sabun collagen 4 bulan yang lalu. Masa tu saya tengah jalan-jalan ke kedai jamu XXX. Release tension lepas mengajar at the same time cari jamu untuk jaga badan. Maklumlah, orang baru lepas bersalinlah katakan. Saya tengok mereka ada jual set Collagen Plus Vitamin E. Saya pun terfikir. Why not using soap to reduce my sebum?


Jadi, saya tanyalah. Ada tak jual loose item sebab saya tak nak guna day and night cream. Nasib baik ada. Petang tu saya cubalah. Agak was-was jugak sebab last time saya guna sabun skincare XXX muka saya mengering dan menegang and at the end of the day, macam luka gitulah. Tapi sabun ni okay. Serius okay. Lepas saya guna, muka saya tak menegang. Tak kering. Just fine. Satu buku sabun collagen, saya potong kepada 12 ketul. Satu ketul dapat tahan sampai 5 ke 7 hari. Tapi saya guna tahan sebulan jer sebab kalau saya balik kampung saya pakai seketul. Tinggalkan. Balik rumah sewa pakai lagi seketul. Bila balik kampung lagi, sabun dah kotor. Keluar lagi seketul. Jadi so far saya dah pakai dalam 3 buku sabun.

Kalau guna sabun macam ni, paling penting kena pastikan keoriginalannya. Mungkin ramai yang fikir, sabun jer. Ada ke? Ada my dear. Lihat kotak. Kalau warna pink peach, original. Ada certain sabun collagen kotaknya warna pink kekuningan. Jangan beli kalau tak yakin. Then, biasanya sabun collagen ni transparent. Tak kisahlah sabun papaya collagen ke, sabun Nurayssa ke. Memang transparent. Cari yang transparent okay. In shaa Allah muka tak kering dan menegang. Hari tu saya pakai sabun papaya Mr Seben punya pun okay jugak muka saya. Tiga buku sabun yang saya guna, kesemuanya saya beli daripada trusted seller yang memang terkenal menjual Collagen Plus Vitamin E. Saya amat particular bab-bab muka ni.

Sepanjang saya guna sabun collagen ni, beliau (beliau?) melakukan tugasnya yakni membersihkan muka dengan baik sebab sejak menggunakannya jerawat saya jarang tumbuh di muka. Sebutir dua pun jarang. Cuma masalah minyak saya belum settle. Nampaknya sabun collagen tidak berjaya mengurangkan sebum. Nah, saya selitkan keadaan muka saya.