KDrama Review : Kill Me Heal Me

KDrama Review : Kill Me Heal Me


Pengarah
Kim Jin Man
Kim Dae Jin

Pelakon
Ji Sung sebagai Cha Do Hyun/Shin Se Gi/Perry Park/Ahn Yo Seob/Ahn Yo Na/Na Na/Mr X
Hwang Jun Eum sebagai Oh Ri Jin
Park Seo Joon sebagai Oh Ri On/Omega

Drama ini mengenai kisah seorang lelaki yang menghidapi penyakit Dissosiative Identity Disorder (DID) kesan daripada pengalaman buruk yang dialaminya sewaktu kecil. Lelaki bernama Cha Do Hyun ini terbahagi kepada tujuh personaliti berbeza iaitu Do Hyun sendiri, Shin Se Gi (ganas), Perry Park (mahir membuat bom), Ahn Yo Seob (pesimis), Ahn Yo Na (kembar perempuan Yo Seob yang sering menimbulkan masalah), Na Na (Ri Jin sewaktu kecil) dan Mr X (watak misteri). Watak-watak ini wujud akibat pengalaman masa lampaunya yang menakutkan dan ingin diluputkan daripada ingatannya.

Pada mulanya, Do Hyun tinggal di Amerika untuk merawat penyakitnya. Tapi akhirnya sampai ke Korea selepas bertukar menjadi Se Gi yang ingin memegang jawatan penting dalam syarikat neneknya. Pada suatu hari, Do Hyun telah pergi club bersama-sama crushnya dan bertukar menjadi Se Gi secara tidak sengaja. Se Gi telah bertemu dengan Ri Jin dan berjaya menyelamatkan Ri Jin daripada lelaki-lelaki jahat yang ingin mengganggunya. Se Gi telah mengikut Ri Jin ke hospital dan mengakui bahawa dia telah jatuh cinta dengan Ri Jin. Tidak lama kemudian, Se Gi bertukar menjadi Do Hyun kembali.

Dalam usaha memulihkan kembali penyakitnya, Do Hyun telah berjumpa dengan pakar psikiatari iaitu guru kepada Ri Jin. Namun begitu, tindakannya berjaya diketahui Se Gi. Se Gi telah mengugut doktor tersebut. Do Hyun dipertemukan kembali dengan Ri Jin dalam insiden penculikan Ri Jin yang disebabkan tindakan Se Gi mengambil jaket kulit salah seorang lelaki jahat yang berisi dadah. Pada ketika itu, Do Hyun datang sebagai Perry Park tetapi sedar sebagai Do Hyun di akhir babak. Pada akhirnya, Do Hyun menyedari bahawa Ri Jin adalah wanita yang dicintai oleh Se Gi dan bukannya crushnya.

Sehubungan dengan itu, Do Hyun telah menggunakan kesempatan itu dengan melantik Ri Jin sebagai doktor psikiatari peribadinya dengan harapan Ri Jin dapat menghapuskan personaliti Se Gi dan lain-lain dalam dirinya. Seterusnya, berlaku beberapa konflik yang meleraikan persoalan mengenai hubung kait di antara Do Hyun dan Ri Jin dan mengapa wujudnya watak Se Gi, Perry Park, Yo Seob, Yo Na, Na Na dan Mr X dalam dirinya. Adakah Do Hyun berjaya menjadi normal kembali dengan bantuan Ri Jin? Anda kena tengok sendiri. Best tau terutama bila Do Hyun bertukar kepada Perry Park dan Yo Na.

Saya bagi..

Ben Ashaari Nak Berkenalan Dengan Blogger Baru Saja!

Ben Ashaari Nak Berkenalan Dengan Blogger Baru Saja! | Assalamualaikum. This time, saya akan buat entry khas untuk segmen blogger terkenal, Ben Ashaari. Harap-harap sempatlah siap sebab sekarang pukul 11.02 malam sudah. Segmen tamat 12.00 tengah malam ni. Secara jujurnya, saya ni bukanlah baru sangat dalam dunia blogger. Masuk tahun ni sudah 4 tahun saya bergelar seorang blogger menggunakan nama ALS (Angel Love Soldier). Tapi itu cerita lama. Blog lama pun sudah saya delete sebab sekarang saya sudah berkahwin, banyak hati yang kena jaga terutama hati suami saya sendiri.

image

Okay. Lets start. The first question is, kenapa saya jadi blogger? Saya jadi blogger sebab saya nak berkawan. Saya nak mengisi masa lapang saya dengan berkawan walaupun sekadar hanya di alam maya macam sekarang. Second question, apa impian saya sebagai blogger? Impian saya tak adalah tinggi sangat sampai nak jadi selebriti blogger bagai. Tapi saya harap saya dapat jadi macam blogger-blogger lain. Daripada berkawan di alam maya, saya nak berjumpa dengan mereka secara berhadapan. Face to face. Saya nak join gathering bersama-sama mereka. Saya nak join event itu ini, itu ini. Saya nak tangkap-tangkap gambar apa semua. Third question is, blogger yang saya minati? Sebenarnya, agak banyaklah. Tapi ada seorang yang paling saya minat. Tak pernah miss baca entry dia. Siap khatam daripada first entry masa dia masih comot-comot sampailah dah beranak pinak. And she is Fatin Liyana. Saya suka dengan cara dia menulis. Sangat santai seakan-akan saya dapat merasa apa yang dia tulis. Pesanan buat blogger senior, jenguk-jenguklah blog saya ni. Hahah.

KDrama Review : Healer

KDrama Review : Healer 

Okay. Kali ini saya akan review kdrama Healer pula. Sebenarnya kdrama ini telah lama ditayangkan di kaca televisyen dan saya pasti ramai yang sudah menontonnya. Bahkan ada yang tonton sampai berpuluh-puluh kali dah. Betul tak? Tapi saya tetap akan buat review kerana saya baru sahaja khatam kdrama ni pada minggu lepas. Ketara giler ketinggalan kereta api saya kan? Haha. Tapi takpa. At least saya dapat mengimbau kenangan manis anda semasa menonton Healer sebelum ni.


Pengarah
Lee Jung Sub
Kim Jin Woo

Pelakon
Ji Chang Wook sebagai Healer/Seo Jung Hoo/Park Bong Soo
Park Min Young sebagai Oh Ji An/Chae Young Shin
Yoo Ji Tae sebagai Kim Moon Ho

KDrama ini merupakan kisah hidup seorang night errand boy yang dikenali sebagai Healer. Kalau di Malaysia, Healer ni kira macam runner tapi melakukan tugas-tugas yang agak sukar seperti mencuri dokumen penting dan lain-lain. Healer mula mengenali Chae Young Shin semasa menjalankan tugas yang diarahkan oleh Kim Moon Ho iaitu mengambil sampel daripada Young Shin. Tujuan Moon Ho berbuat demikian adalah untuk menyatukan kembali Oh Ji An, anak kakak iparnya.

Setelah menjalankan ujian DNA, Moon Ho berjaya mengenal pasti identiti sebenar Young Shin. Young Shin ialah Ji An yang hilang beberapa tahun lepas. Selepas mengetahui identiti sebenar Young Shin, Moon Ho berusaha untuk melindungi Young Shin daripada kekejaman abangnya. Sehubungan dengan itu, Moon Ho telah mengupah Healer untuk berada di sisi Young Shin bagi menjaga keselamatannya. Oleh itu, Healer telah menyamar menjadi Park Bong Soo, junior Young Shin.

Selain daripada menjaga keselamatan Young Shin, Moon Ho juga berusaha untuk membantu Young Shin untuk mencapai impiannya iaitu menjadi wartawan yang berjaya. Justeru itu, dia sanggup berhenti kerja sebagai pembaca berita stesen penyiaran terkenal milik abangnya dan membeli stesen tempat Young Shin bekerja. Tujuannya adalah untuk memberikan tunjuk ajar secara direct kepada Young Shin tentang bagaimana untuk menjadi seorang wartawan hiburan yang dikenali.

Konflik bermula apabila seorang artis meminta bantuan Young Shin bagi mendedahkan skandal ahli politik yang sedang bertanding bagi pemilihan datuk bandar. Ahli politik tersebut merupakan kenalan kepada abang Moon Ho. Abang Moon Ho cuba untuk menghapuskan Young Shin lebih-lebih lagi apabila mengetahui Young Shin adalah anak kepada isteri yang dikahwininya. Mujurlah Healer sempat menyelamatkannya daripada terperangkap di dalam lif yang rosak akibat disabotaj.

Lama kelamaan Young Shin mula jatuh cinta terhadap Healer. Walaupun tidak mengetahui tentang rupa paras Healer, Young Shin tetap cuba untuk menghubungi Healer melalui email. Dari sisi lain pula, Healer berusaha untuk menyelesaikan teka teki yang sentiasa membelenggu hidupnya berkaitan dengan kematian bapanya. Hasil penyiasatannya membawa kepada pertemuannya dengan Moon Ho. Moon Ho berjanji untuk membantu Healer membersihkan nama bapanya.

Bong Soo masih setia di sisi Young Shin sebagai junior yang penakut dan seringkali menghilang (kerana dia perlu bertukar menjadi Healer). Lama kelamaan, Young Shin mula sedar bahawa Bong Soo adalah Healer si penyelamatnya. Di samping itu, rahsia yang disimpan rapi oleh Moon Ho dan Healer juga telah pecah gara-gara abang Moon Ho. Pada mulanya Young Shin agak marah tetapi akhirnya dia faham bahawa perkara ini perlu dirahsiakan bagi menjamin kesihatan ibunya.

Ketiga-tiganya mula berganding bahu untuk membersihkan nama bapa Healer serta menjatuhkan abang Moon Ho yang bertindak sebagai proksi bagi golongan ahli politik kotor yang digelar sebagai farmer. Misteri kematian bapa Healer mula terbongkar sedikit demi sedikit. Adakah bapa Healer seorang pembunuh seperti yang digembar gemburkan oleh media? Siapakah elder yang sangat berkuasa? Itu anda kena tengok sendiri. Saya malas nak spoilkan mood para pembaca.

Saya bagi..